I am Official Rugby Coach

Posted: September 4, 2014 in Uncategorized

coach

Aku sebagai Coach Ragbi yang Official… alhamdulillah… aku telah ditawarkan oleh pihak MARA untuk mengambil kursus anjuran IRB-MRU-ISN bagi menjadi coach ragbi yang official…

IRB – International Rugby Board

MRU – Malaysian Rugby Union

ISN – Institut Sukan Negara

Coach yang hendak mengajar di sekolah-sekolah sepatutnya mendapatkan Sijil Level 1. alhamdulillah aku telah PASS dengan jayanya.. meh aku cerita sikit prosedur untuk dapat sijil level 1 ni..

Pertama, korang kena apply mana-mana kursus anjuran MRU atau ISN… anda boleh rujuk laman web mereka..

Kedua, semasa dalam kursus, anda diminta untuk menjawab soalan2 kuiz daripada website http://www.irbrugbyready.com… setelah anda berjaya jawab semua dengan betul, mereka akan bagi sijil mcm ni…

irb rugby readysijil mcm ni dia bagi dalam bentuk JPG je, jadi boleh save dalam komputer.. download… buat wallpaper dll… sijil ini akan diminta oleh pihak MRU di akhir kursus anda… kalau lulus, insyaAllah lulus… tak tentu lagi, sebab ada soalan peperiksaan pulak daripada MRU.

Ketiga, anda kena tunjuk kemahiran anda membuat coaching sepanjang kursus.. anda akan dilatih… dan hasil latihan itu anda kena train peserta2 lain dalam kursus…

Keempat, di akhir kursus, ada peperiksaan akhir oleh MRU…. nota semua diberi… anda kena baca dalam tempoh beberapa hari berkursus… bila masa exam… tak boleh bukak nota… tak boleh tanya kawan…. nasib la… hentam je…. sebab soalan2 dia… ALL ENGLISH man! cisss… nasib… nasib…

selepas dalam 2 bulan, mereka akan poskan sijil kepada anda… Alhamdulillah… aku dah dapat… hehehehe

irb rugby sijil 2

irb rugby sijil 1

 

 

 

 

Rugby is My Life!

Posted: September 4, 2014 in Uncategorized

bola ragbi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.. dah lama rasanya tidak post something kt blog ini… dah lama jugak rasanya tak meluahkan perasaan..

Sebagai seorang guru memang tidak terlepas daripada tanggungjawab menguruskan satu sukan di sekolah… aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pasukan RAGBI sekolah… kerana aku dlu pun masa sekolah seorang pemain ragbi.. maka aku dikehendaki menurunkan segala ilmu yg aku ada kepada anak-anak didik aku ini… dulu di Kuala Lipis, dan Kini Di Betong…

rragbi lipis

Banyak pengorbanan terpaksa aku lakukan demi membangunan prestasi pemain2 ragbi sekolah. .. semua coach pun macam tu… kadang kala, bola terpaksa dibeli sendiri jika bola sekolah telah botak… kadang2 budak2 ni kena diberi dorongan dengan ganjaran “Spon KFC” kalau menang…  even kalau keluar untuk menyertai pertandingan di semenanjung pun, mintak “spon” jugak… aku tidak mahu memanjakan sangat player2 ni… ianya kurang baik.. kalau setakat beli bola, dan sediakan kelengkapan2 ragbi, insyaAllah…

Start di Betong, alhamdulillah… mereka mmg gigih berlatih… banyak juga kejohanan yang kami tidak pulang dengan tangan kosong… tahun 2013 paling banyak kami keluar menyertai kejohanan2 sekitar sarawak.. Antaranya COBRA-KRFC School Rugby Tournament, kami bawa pulang Johan Bowl..  Kejohanan Sarawak Rugby Union, SRU, kami bawa pulang Naib Johan Sheild.. alhamdulillah.. kami mengekalkan Johan dalam pertandingan Ragbi MSS Bahagian Betong..

Tahun 2o14 pun melakar kenangan manis… bila kami mendapat Johan Spoon dalam MRSM Premier 10s, Johan Plate dan Naib Johan Sheild dalam Piala YB Yussibnosh.. juga masih mengekalkan Johan Daerah dalam Ragbi MSS Bahagian Betong… Alhamdulillah… berkat kegigihan para pelajar, mereka sebenarnya yang mendapat manfaat dengan dapat sijil, dapat merit, dapat jalan2… cikgu nya hanya tumpang gembira je bila mereka menang…

rragbi betong

Paling aku rasa agak bertuah, apabila kami berjaya memegang Piala Johan Ragbi MSS Bahagian Betong bagi 2 tahun berturut2 sepanjang aku menjadi coach… mereka juga johan sejak 3 tahun lepas sebelum kedatangan aku ke betong dengan cikgu iqbal.. legasi dan prestasi kemenangan pasukan seharusnya diperturunkan oleh senior2 kepada junior2…

Sebagai tuan rumah bagi kejohanan MSS Bahagian Betong, kami juga kena siapkan padang… mungkin berkat jampi2 semasa buat line padang itulah, kami dapat menjulang kemenangan 5 tahun berturut-turut….

buat line ragbi

 

Sebagai coach, banyak inisiatif yang aku buat selain training budak2 ni dekat padang… malam2… tak boleh di padang, aku bawa mereka masuk ke “markas” untuk menonton perlawanan ragbi… disamping itu… mereka juga berpeluang menyaksikan aku bermain game “Rugby Challenge 2”

rrugby challenge 2

 

Selain aku menjadi penasihat, coach, dan ex-player ragbi.. aku juga pernah memegang amanah untuk mengiring pasukan bola jaring sekolah… lawak dah… patut nye cikgu pompuan yg jadi pengiring… tapi takpelah… mereka semua ramai yang cuti bersalin… dan ade kerja2 lain… jadi ada yg minta tolong aku menjadi guru pengiring bola jaring pada tahun 2014 ini…  walau apa pun tanggungjawab yang diberikan kepada aku, akan aku laksanakan sebaik mungkin… InsyaAllah….

 bola jaring 1 bola jaring 2

bola jaring 3

 

Warded….. Again

Posted: August 10, 2013 in Uncategorized

66730_563732793684039_1692447393_n

Beginilah saatnya.. apabila aku hendak di transfer daripada Hosp9ital Betong, ke Hospital Umum Sarawak di Kuching.. Macamana boleh jadi macam ni.. panjang ceritanya.. huhuhu..

Bermula 17 / 8 / 2013 – bulan ke 8 aku berkhidmat di Betong, dan hari ke 8 berpuasa, aku mula diserang cirit birit, dan pada hari ini, aku mulai rasa denyutan di bahagian tempat buang air besar itu.. denyutan ini hanya biasa-biasa sahaja.. sekejap datang dan sekejap hilang… namun begitu, keesokan harinya, bermula sebelah pagi, denyutan ini tidak mahu hilang, lalu aku terus mendapatkan rawatan di Hospital Betong yg jaraknya tak sampai 500 meter daripada tempat aku bertugas. Semasa di unit pesakit luar, MA yg memeriksa aku mendapati tiada luka, tiada bengkak dan lain2, melainkan hanya kesan seperti melecet sahaja di tempat buang air besar itu, tetapi.. tiba2, dia jolok lubang bontot aku itu dgn jari dan menyebabkan aku termenjerit sbb sakit. Dia kata juga tiada buasiir.. dia buat itu untuk cek buasir atau tidak..

Aku diberi “Pain killer” sahaja dan PCM (Paracetamol)… namun begitu, selepas makan pain killer itu, sakitnya tidak berkurangan.. malah bertambah.. pada malamnya, aku kembali ke wad kecemasan kerana tidak tahan sakit n dihantar oleh housemateku.. Malam itu ada doctor yang bertugas dan dia melakukan perkara yang sama dengan apa yg MA buat tadi.. sakitt nooxx!! apuuuuuuuh… dia kata ada buasir pulak.. dia bagi ubat buasir dan antibiotik.. aku tidak dibenarkan puasa kerana kena makan antibiotik… selepas 2 hari makan ubat itu, sakit itu tidak berkurang, malah aku dpt rasekan seperti ada satu ketumbuhan di bahagian sulit tersebut, dan ianya semakin membesar.. pada hari Ahad (21 / 8 / 2013) pukul 8 malam, aku kembali ke bahagian kecemasan dan menyatakan seperti ada bengkak di situ, dan kemudian aku disuruh ditahan di dalam wad.. Allah.. risau dah aku ni…

Apabila aku memberitahu HEA aku ditahan dalam wad pada hari isnin tu, terkejut seluruh sekolah… sakit apekah.. aku pn tak tahu, tetapi menderita juga lah kerana berdenyut2 dengan kuat di bahagian lubang bontotku ini… sakit sangat sampai demam2 aku.. nk duduk tak boleh, berdiri pn sakit, baring pn sakit, baring mengiring je yg boleh aku buat.. pagi2 doctor ade melawat, dia suruh suntik antibiotik je dlm tempoh 2 hari aku ditahan.. aku tengok, doctor tu tanya2 mcm tu je, bukan nak cek pun, tengok kt situ.. katanya tak perlu.. lepas sehari aku diberi antibiotik, bahagian sulit itu mula keluarkan darah yang tidak berhenti2… aku jadi panik.. nurse tu kata, tak ape, bisul dah pecah tu.. bisul pecah pun, takkan sampai darah tak berhenti2.. kemudian aku diberi rawatan susulan untuk ditempek GAUZE SWAB di kawasan itu bagi mengelakkan pertumpahan darah di atas katil yg melampau2.. kne masuk air, masuk antibiotik melalui tangan, menyebabkan tangan aku rase kebas2 selalu sbb ubat antibiotik tu kuat… dah la masuk ubat ikut tangan, lepas tu kene makan ubat lagi.. painkiller.. sebab bagi tahan sakit.. Allah… dugaan betul…

Mujurlah ade housemate2 yg sporting n sedia membantu.. Ger, Rie n Syuk.. mereka inilah tempat aku memesan barangan keperluan kalau nak ape2.. n dalam tempoh aku ditahan di wad Hospital Betong, aku tidak makan ape2 melainkan pisang.. huhuhuhu… sbb aku takut sangat nak ke tandas.. klu nk berak tu dia akan jadi sakit gila… sangat2 sakit.. selepas 2 hari di ward, 24 / 8.. seorang doctor UD44 datang memantau.. aku mengadu habis2 kt dia suruh dia cek, aku kata masalah takkan selesai kalau asik bagi antibiotik n ubat tahan sakit… sbb tak berkurang sakitnya.. lepas tu, doctor tu cek, n dia arahkan transfer ke hospital kuching untuk dibedah!! apeee… bedah??? mmg tahap teruk dah ni.. Doc ni cakap, aku tak kene buasir atau ape2, cume ade jangkitan kuman di bahagian luar bontot, dan kuman itu telah attack salur darah di bahagian tersebut menyebabkan darah tak berhenti sbb salur darah dah kene tebuk dek kuman…

aku ditransfer ke Hospital Umum Sarawak pada 24 / 8 kul 11 pagi, dan tiba di hospital itu pukul 2 petang.. 4 jam naik ambulan… itulah gambar di atas tu.. masa aku naik ambulan untuk dihantar ke hospital kuching…. sendirian.. nurse duduk depan dgn driver.. driver bawak laju bapak… aku plak kt belakang melambung2 sbb jalan raya tak rata…sakittt wooo… itu yg sampai berpeluh2 duduk dlm ambulan…

Sampai di hospital kuching, aku disenaraikan dalam Zon Kuning, zon tidak kritikal… menunggu punya lama.. 1230 malam baru dapat admit ke wad pembedahan hospital itu.. aku mmg tak selesa duduk di zon kuning, terpaksa bangun ke tandas yg jauh… menunggu lama… dengan keserabutan kawasan di zon kuning itu.. aku terdengar jeritan2 sakit dari zon merah menyebabkan aku lagi tak selesa n takut…

25 / 8 / 2013, 930 pagi.. Aku dimasukkan ke wad pembedahan…. beratur juga nak masuk wad pembedahan nie… tp beratur atas katil la.. huhuhu… tepat jam 10 pg aku masuk ke operation theater…. aku disuntik dengan ubat bius separuh badan, menyebabkan separuh badan aku kebas2… doctor Firdaus menjalankan tugas dengan cemerlang, dan aku siap operation dalam 11.30 am.. selepas operation, n aku dimasukkan ke wad, aku tak sedar ape… yg aku tahu, 640 petang, aku tersedar n terasa nak terkucil tapi kaki kebas masih belum boleh jalan… huhuhuhu…. malam hari yang sama.. aku dipindahkan ke wad susulan.. di wad susulan tu, mmg aku tgk, semua pesakit ade teman, aku je takde.. huhuhuhu…. aku bersendirian… ape2 aku nak makan, aku kene bangun n jalan pergi beli…

26 / 8 / 2013… aku dikhabarkan petang nya aku sudah boleh discharge.. doktor ade memberi pesanan2 macam2 kat aku… n bila dapat tahu aku boleh discharge, aku kontek kawan2 serumah… semua tak free.. jadi aku kontek seorang guru wanita ini, guru Ros… dia bersetuju, n dia datang dengan kereta guru Sya untuk mengambil aku.. aku terharu mempunyai rakan2 yg sanggup berkorban demi rakan beliau yang seorang ini yang injured ini.. even, mereka terpaksa berbuka lewat kerana lewat sampai untuk ambil aku di hospital…

Work Station!

Posted: March 7, 2013 in Uncategorized

New Work Station

“The Bus Station is where the Bus Stop. The Work Station is where the WORK NEVER STOP!”

Hahahaha.. aku ni, setelah 3 bulan di Betong Sarawak, barulah aku terasa ada sedikit masa untuk bernafas, and then untuk memblogging kembali di sini.. actually, kerja melambak2 lg.. nampak je meja mcm kemas, tapi yg bahagian bersepah tu, aku letak tepi2 je.. dengan surat2 masuk dll..

Bermula dari Januari 2013 aku lapor diri di Betong, macam2 aku kena buat. Almost semuanya memerlukan hectic work siang dan malam.. sabar sajelah bila di tempat baru.. dan memang pun, kalau pergi ke tempat baru, anda pasti memerlukan 3 bulan untuk tempoh menyesuaikan diri dengan environment baru.. tidak kiralah anda baru 1st time kerja, atau dah lama kerja… kalau pindah je, mcam2 benda2 unexpected berlaku.. so, ni adalah salah satu pengalaman aku di sini..

Januari – aku disibukkan dengan berita perpindahan coach ragbi sekolah ni ke sekolah baru di Johor Bharu… Makanya, aku dipertanggungjawabkan untuk lead jadi coach ragbi sekolah. Aku difahamkan, mereka adalah Juara dalam Kejohanan Ragbi MSSB Betong tahun lepas. Maka, untuk mengekalkan kejuaraan itu bukanlah satu perkara yang mudah. Memang sukar! dan bila aku masuk ofis, semestinya, aku kena menyisihkan barang2 lama dari guru lama supaya tidak bercampur dengan dokumen2 penting aku. proses menyesuaikan diri dengan tempat baru, anak didik baru.. sebelah siangnya aku bersekolah dan menyiapkan tugas2 domestik seperti di makmal, di partition meja, bilik kebal, bilik unit peperiksaan, housekeeping sistem rekod peperiksaan dan sebagainya.. di sebelah petang, aku turun berlatih ragbi bersama para pelajar..

Apabila dikhabarkan.. Sekolah aku akan menjadi tuan rumah, maka, makin kelam kabutlah aku.. Timb Pengetua KO asyik tala kat aku je.. daripada melatih pelajar, buat padang, organizing majlis dll.. hampir semua benda aku kena buat.. pagi penuh dengan kelas dan hal2 domestik, lepas sekolah, turun padang buat line.. lepas asar, latih pelajar ragbi… sebelah malam, sambung lagi mengemas, menyisih dan lain-lain…sampai satu tahap, aku terpaksa sound, “Saya ni kalau badan boleh belah dua untuk buat kerja tu semua, saya buat! tapi saya ada satu je! mana satu saya nak fokus? latih budak ke? buat padang ke? organizing committee ke?” lepas daripada tu, bantuan sampai… Alhamdulillah.. tapi sepatutnye, rancanglah awal2.. 15 – 17 Januari kejohanan berlangsung, Alhamdulillah, pasukan KENYALANG WARRIORS berjaya mengekalkan kejuaraan..

Kemudian, lagi sekali… pihak MSS Sarawak minta sekolah aku menjadi tuan rumah untuk pertandingan ragbi peringkat negeri.. alamak.. kali ni, 12, 15 & 18 TKB… hadooii… kena buat 1 padang lagi untuk bawah 12 TKB.. walaupun sekadar ragbi sentuh… tapi penat jugak tu.. tarikhnya pulan 28 -31 Januari! 2 minggu je daripada kejohanan Ragbi yang baru sudah… fuuuuuu ~ dengan barang2 peribadi aku pun tak habis punggah lagi.. kena latih pasukan 15 TKB pulak… buat padang… aaaaaarhhhhh.. rase nak menjerit je! tapi takpe, aku sabarkan lagi.. lepas tu dapat pulak surat lantikan jurulatih ragbi untuk daerah betong 18 TKB… adooi.. mane satu nak buat ni.. lepas tu, ade lagi surat suruh jadi pengadil perlawanan! fuuuuuuuh~ belum buat dah rase penat.. tapi takpe.. buat je…

Februari – Bakal berlangsung KEM- ILEAD.. Pelancarang Gemilang, Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan… Pendaftaran Pelajar baru..dan lain-lain… aku kena siapkan design backdrop, banner, button, buku program, dll… memang hectic kalau 2 program serentak.. lagipun, aku dapat arahan dari bos besar sini, suruh siapkan website sekolah.. fuuh!.. bukan tugas hakiki aku tuh.. tapi takpela.. demi sekolah, terpaksalah aku berkorban… byk sgt program maktab dengan program luar lagi.. habis je ragbi 31 hb, aku kene pegi kem I-Lead 1 hingga 3 Februari 2013 di Biro wanita Kuching..  jadi AJK Dokumentasi, dan pengangkutan.. kereta Exora aku terpilih sebagai pengangkutan rasmi.. kena bawa colleagues dan barang2 teknikal.. adoi! AJK Peralatan takde sebab bawa pelajar ke Miri ada pertandingan catur.. nasib baik boleh claim.. barang2 penuh sumbat dlm bonet kereta! habis kem I-Lead, aku kena terbang ke Penang.. untuk bagi ceramah Productivity With Cloud Computing (Group 1)…  4 – 7 Februari 2013.. Memang lah dasat nye schedule masa tu.. bila habis ke kem I-LEAD tu.. baru terasa boleh bernafas sikit..

Mac – Habis ceramah di Penang, aku bertolak semula ke Betong..dan jadual bulan 3 ni mmg padat juga.. website sekolah aku berjaya publishkan.. tapi tak sepenuhnye.. yelah.. one man show.. mcmna nak siap cepat.. cuba kalau 10 orang buat.. mesti cepat siap! kemudian berlangsung Ujian Selaras 1 Sem 1.. Minggu Aktiviti dan lain2.. Awal Mac, Ujian Selaras.. Lepas tu Minggu Aktiviti.. Baru semalam je kami buat Fire Drill, dan aku tido 430 pagi.. kul 5.30 pagi dah bangun subuh.. hahaha.. mmg mengantuk lah… aku kena pergi bagi ceramah lagi, di Penang.. Topik yang sama.. mmg adooii.. penat rasa… tapi itulah tugas.. dengan jawatan Setiausaha PBS lagi aku kena pegang.. sistem filing PBS yg kelam kabut, aku kena betulkan lagi.. macam2 hal.. campur lagi, aku kena designkan bentuk 3D utk kajian pelajar nak buat brick baru untuk dinding bukit… design banting banner dia lagi.. display board lg… entah apa lagi menanti selepas ini… tapi sebagai guru, aku kena hadapi semua itu…

Ironi nya.. 3 bulan aku di sini.. gaji aku masih sama dengan di semenanjung.. tiada elaun tambahan.. tiada semua itu.. tak palah.. aku sabarkan aje.. dahlah nak datang sini claim tak dapat.. elaun tak dapat.. kena keluar duit sendiri dulu nak pergi semenanjung bagi ceramah… banyak keluar duit.. nasib badan.. tapi takpe.. aku sabarkan sahaja.. insyaAllah.. nanti dapatlah.. kalau dapat nanti, segedebuk! baru masyuuuk… Alhamdulillah… rezeki Allah..

Pengajaran di sini.. Usahlah berkira kalau kita diberi tugas.. lakukan apa yang termampu… selagi nyawa dikandung badan.. kerana bila nyawa dah tiada… tiada khidmat bakti lagi boleh dicurahkan…

 

1 Januari 2013

Posted: January 1, 2013 in Uncategorized

2013

Semua orang pun sibuk laa dengan kedatangan 1 Januari 2013 dengan pergi ke konsert sana sini untuk meraikan 2013.. tapi bagi aku.. ianya tak penting pun.. yang penting, aku akan berumur 30 tahun pada tahun ini.. dah tua rupanya.. ape yang ingin aku capai dalam hidup aku pada tahun ini dan tahun mendatang, itu adalah jauh lebih penting..

Aku berada di Hotel Betong Plaza pada malam 31 Disember 2012.. melihat konsert2 hebat dari tv dll.. tapi sayangnya.. aku tertidur pada jam 10 lebih.. haha.. sedar2 je dah 520 pagi.. tgk waktu solat subuh, dah masuk.. solat dulu.. then aku berfikir la.. apa aku akan buat pada tahun ini, di tempat baru, masyarakat baru, anak-anak didik yang baru..

Berdasarkan yang lepas, banyak juga benda yang aku tak tercapai.. jadi, di sini aku perlu muhasabah diri.. Aku harus buat apa yang sepatutnya.. Ingin aku senaraikan di sini apa yang penting yang perlu aku buat pada tahun ini..

– Ubah Perangai / Mind-set / Kebersihan / Penjagaan diri dan hati

– Menurunkan berat badan kepada 90 kg

– Menyimpan sekurang-kurangnya RM 5000 dalam Tabung Haji

– Bekerja keras untuk mencari wang bagi mencepat mengumpul duit untuk berkahwin dengan gadis idaman.

– Mengurus perbelanjaan dengan cermat.

– Menyambung pengajian ke peringkat Ijazah (Master) selepas graduasi Diploma Pendidikan UIA

– Memantapkan diri dari aspek pengetahuan ICT.

– Berkhidmat dengan sebaiknya di Sekolah di Betong ni.

Bagi setiap apa yang aku senaraikan, ianya nampak kecil sahaja.. tetapi, cukup besar maknanya. Aku tidak meletakkan impian untuk berkahwin pada tahun ini, kerana aku tahu, aku belum bersedia dengan keadaan aku yang masih baru di sini. Juga aku tidak meletakkan untuk mencari makwe pada tahun ini kerana ingin lebih fokus kepada diri sendiri…

Satu Peristiwa 1 Januari 2013

IMG-20130101-00154

Ini adalah pintu bilik hotel yang aku duduk.. bilik 107 di Betong Plaza Hotel… Pagi ini… Dlm pkul 230 pagi… Pintu hotel aku bising diketuk2 mcm nk roboh… Aku mamai2 g bukak… Aku dengan tak pakai baju, pakai kain je… Tergamam… Ramai orang berdiri depan pintu bilik aku.. lelaki dan perempuan… siap kamera2… Dia kata dia polis, bawak pegawai Agama Islam nak buat cek maksiat tahun baru… Aku bukak pintu luas2… aku cakap… Masuk la, sori bilik sepah sket…. Sorang dua masuk bilik dan cek… yg polis tu tanye, aku watpe kt sini.., aku cakap aku baru dapat pindah tempat keje… Dia tanye, keje ape… Aku cakap la aku keje cikgu kt MRSM Betong… Lepas tu, mereka minta maaf kacau aku tido, dan terus beredar…

Dalam hati aku.. aku tak buat bende2 gitu nye der.. haha.. takpela.. mereka hanya menjalankan tugas dan amanah.. jadi, beri sahaja kerjasama yang sepatutnye…

Pengajaran nya di sini adalah..

Tahun baru sepatutnya kita tak perlu pun pegi konsert2 sana sini.. duduk rumah diam2 bertafakur lagi bagus.. macam yg aku buat ni.. ahahaha.. lagi satu!

Kalau belum kawin, jangan cari nahas bawak awek masuk hotel.. kene serbu, padan muka.. masuk mahkamah lah kau.. silap2 boleh kene buang kerja kerana commit jenayah syariah.. Na’uzubillahi min zalik!

Wallahu ‘alam

Betong Aku Datang….

Posted: December 30, 2012 in Uncategorized

betong

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat tatapan semua, kali ini ingin aku memblog kan tentang satu cerita.. Istanbul aku datang.. eh salah! Betong aku datang tajuknye.. di ilhamkan oleh cerita Istanbul aku datang la nih.. hahaha.. sambil2 blogging ni, aku mendengar lagu Tomok – Aku datang.. macam kena mengena je kan… Jadi kalau anda nak baca ni, pasang dulu lagu Tomok – Aku Datang.mp3.. baru syok.. hehe

Kenape tajuknya macam ni? ianya kerana aku kena pindah dari sekolah lama, ke sekolah di Betong Sarawak.. sekolah asal di Kuala Lipis, Pahang.. kampung asalku di Muar Johor.. berpindah tempat kerja di Betong.. Jauh.. Kalau di kira perjalanannya.. berapa KM eh, entahlah… tapi kalau jam perjalanan, dalam 12 jam dah sampai.. Naik kereta dari Muar, ke LCCT dalam 2 jam lebih.. Tunggu Flight.. Naik Flight LCCT ke Kuching.. 1 jam 45 minit.. sampai di Kuching dari International Airport tu ke Kuching sentral dalam setengah jam je.. tunggu bas.. Naik bas dari Kuching ke Betong dalam 5 jam lebih je.. haha.. so 12 jam dah sampai..

Kenapa berpindah jauh sangat? itu yang ramai orang tanya.. Jauhnya bawa hati yg lara.. itu yg ramai orang pikir.. tapi.. mmg itulah yang betulnye pon..

Jawapan kepada kenapa aku berpindah ni.. Mmg sejak dari awal lagi aku ingin berpindah.. bukan kerana tidak suka kepada bumi Kuala Lipis.. bukan sekali-kali.. aku sangat suka kepada bumi Lipis.. Peristiwa aku terpanggil untuk berpindah, adalah semasa aku bergalak nak sangat kawin.. masa tu, aku telah berkenalan dan bertunang dengan seorang gadis.. kami merancang nak berkahwin, jadi aku selak2 kot2 kosong belah2 Melaka or Johor, tapi takde.. risik punye risik, cikgu sorang lagi mengajar 1 course yang sama dari Serting nak berpindah ke Lipis sebab dia orang Raub dan nak jaga mak dia di Raub.. jadi kami pakat nak tukar suka sama suka.. Pada masa yg sama, cikgu komputer same masuk dgn aku pn dah nak kawin.. jadi dia pun minta pindah juga.. Kenapa pakat sama2 nak tinggalkan bumi Lipis nie.. ooh.. tidak, kami tidak berpakat berdua2.. kerana kami lelaki, kami pikir untuk masa depan.. Jauh tu Lipis dengan bumi selatan.. kami tanak jauh2 dengan bini.. nanti asyik2 berjauhan, rindu-rinduan, sunyi-sunyian takde mende nak buat.. takkan nak tala ke dinding je..

Jadinya.. aku dapat tahu, bos masa tu hanya luluskan yg cikgu komputer sorg lagi, yg aku nye tak diluluskan… aku sedey.. cmne la nti hidup berjauhan dgn bini.. jadi, cikgu komputer sorang lagi dapat pindah.. pindah ke Serting, sebab serting tu pilihan ke 4 dia.. jadi majlis perpisahan semua dah buat, hadiah2 sume dah bagi.. barang pn dah kemas2 sket..

Rupanya.. hikmah tak lulus tu… kejadian tempoh pertunangan aku itu tidak lama, kami putus di tengah jalan atas sebab-sebab yang susah aku nak terima.. bukan aku tanak terima dia.. dah cuba sedaya, sesabar, berkorban macam2.. tapi hajat tak kesampaian.. mungkin itu adalah hikmah bos tak luluskan permohonan aku.. nantilah aku bloggkan tentang kisah ini untuk pengajaran semua orang…

Itu adalah planning asal untuk aku pindah.. tapi tak jadik.. kemudian.. pada satu hari, aku jatuh sakit.. sbb.. ntahlah.. masa tu sesak napas n sakit dada.. MA check.. darah normal takde virus, tekanan darah normal, jantung normal, kolesterol normal, siap x-ray lagi malam2 buta nak cek sakit mende.. pastu, dia cek gula dalam darah, bacaan 10!! terus aku dimasukkan ke wad.. hampeh.. kene masuk insulin sume2 katanye KENCING MANIS… bapak ah.. aku ckp aku sakit dada sesak napas, dia ckp aku kencing manis.. sib baik bukan ex-student aku, kalau tak mmg da kena sembur.. dah la esok nye tu keje byk, kelas byk, aku dimasukkan ke wad.. seminggu jugak duduk wad takde wat mende, bosan..

Pastu, mak ayah n adik dtg melawat.. aku disuruh pindah ke hospital di muar.. aku degil, malas nak gi, tapi mak pujuk.. gi jugaklah.. masuk wad lagi.. katanya utk rawatan awal kencing manis aku tu.. walaupun tak kritikal, tapi rawatan kene buat jugak.. hospital kat muar hospital pakar.. aku ikut je.. then mse kat wad.. aku dpt kol dari mak aku..

Mak kata, timb bos kol, tanya.. nak tak tukar pindah dengan cikgu komputer sorg lagi tu ke Serting, sbb rupanya dia tak nak.. aku ckp tak nak.. mak pujuk.. mak kata biar la dekat sikit dengan mak, murah sikit nak balik kg ape semua.. senang nak tengok2kan.. aku kabo ke mak, mak jgn la risau.. jo ok.. doktor je cakap jo tak ok.. jo tanak la pindah.. nak buat ape, dah la dalam wad, habis wad, nak kene pindah barang pulak? letih.. lagipon, semua orang dah buat majlis untuk perpisahan cikgu tu, jadi biar dia pindah, rezeki dia utk dia dekat dengan isteri dia kat melaka.. mak pun kata ok.. dlm hati aku mse tu, npe lah kol mak aku.. kol aku jelah.. sabit mak aku pasal ape.. hal keje kot.. aku mula terasa aku tak diperlukan di lipis, a.k.a mcm tak brape nak ngam kn ngan org yg kol mak aku tu.. mcm dia nak tendang aku je.. mane leh.. mase tu mula rasa n pikir2.. terasa tawarnya hati di sini.. tapi aku sabarkan lagi…

Kemudian, sejak dari itu, mula rasa macam2 dugaan melanda.. tapi aku sabarkan aja.. bila berlaku kes 30 March 2012 tu.. semakin aku rasa macam aku memang tidak diperlukan di sini.. Dengan jadual kerap bertukar, cikgu kurang, student keluar masuk masa itu.. aku di beri amaran oleh bos dan dia rekod perjumpaan 4 mata antara aku dan dia.. “You Watch Out!”.. memang aku takleh lupa.. bagaikan aku ni orang yang tiada apa-apa, dan pesalah itu dibela dengan nyata.. semasa perjumpaan pn, ayat yang diberi “Biarlah yang jahat-jahat, yang nak merosakkan organisasi ini keluar dari sini, jangan mengganggu kesejahteraan sekolah ini” itu amat membuatkan aku terasa oh, aku jahat lah.. sebab repot ke HQ yang kes tak dibicarakan tu.. mnyebabkan dia kena sound dari HQ.. dengan kita ni buat repot kes tak tido malam boleh diabaikan begitu sahaja..

Yes, aku akui, mmg aku jahat.. sebab bukak pekong yang nak dipendam begitu saja.. ada kes, nak disenyapkan begitu sahaja.. mmg betul.. hahaha.. aku publish kat FB, kat BLOG, kat CNN, BBC, Bloomberg, KLSE, CSI NY, CSI Miami, CSI Las Vegas semuaa laah.. Nasib baik je, aku dok bercadang nak repot SPRM n Polis.. JAHAT KAN!!! yelah.. sebab biasanya kalau kes ni dah sampai ke HQ, tapi tak ada tindakan ape2 pun.. mungkin ada sabit rasuah.. tak kisah la rasuah dalam bentuk wang, atau bentuk yang noti2.. (paham ke?) .. alahh.. macam cerita orang puteh, bila awek cun nak di ambil tindakan, dia akan cakap… “SIR, PLEASE FORGIVE ME.. I’LL DO ANYTHING FOR YOU… JUST TELL ME WHAT U WANT…” mmg aku jahat.. aku jahat sebab aku tak boleh tengok orang yang buat salah ni, bermaharajalela (means tidak ada sebarang tindakan.. hanya amaran).. dia makin di bela oleh mami dia.. tak datang kelas.. ponteng kelas Diploma Pendidikan!!! macam ni bakal guru?? kalau aku jadi bos, mmg aku rekemen BOLEH JALAN DAA!! Aku memang jahat kesimpulannye, jadi biarlah aku keluar dari sini….tapi aku tak isi2 borang lagi.. boleh sabar lagi…

Bagi aku.. kalau ada tindakan dikenakan kepada dia.. maka.. adillah.. dan tak kisahlah kalau dia nak terus bekerja or bercinta dengan anak ikan dia tu..motif aku di sini hanyalah.. ape tindakan disiplin diambil apabila seseorang guru sambilan PEREMPUAN itu buat kes amat berat?… dalam kes ini.. NOTHING!!!

Aku rasa macam terus tak boleh terima bila macam2 kes berlaku selepas kes itu, dan warden2 dipersalahkan.. ape salah kami? budak tak boleh nak dikawal.. tak apelah.. kalau kamu orang rasa kamu orang boleh jadi warden, silakan.. tapi kenapa aku terus menerus jadi warden? sebab aku kesian kat budak2 ni, tak ada orang nak standby takut ape2 jadi kat diorg tengah2 main bola terseliuh ke.. tengah2 nak sambut majlis raya sekolah, ade budak india pompuan jatuh bangunan 2 tingkat ke.. tengah2 nak ujian selaras, budak ada kematian ahli keluarga, bas tak ada, jauh, ayah mak takleh datang amik.. kot2, nak balik raya puasa, teksi penuh, last2 minit mintak warden hantar n tpaksa kejar bas kalau dah terlepas bas..sape nak pantau budak2 prep malam.. hambat budak pegi program maktab.. dll?

Seorang.. demi seorang.. rakan2 aku pindah.. macam2.. ikut suami… ikut isteri.. aku plak.. terperosok kat sini.. bagai dalam lagi shiela on7… berhenti berharap tu.. kata nya apa.. “Terpuruk menunggu mati”.. aku takmo jadi gini.. namun begitu masih ada rakan2 rapat aku yang selalu sama2 keluar makan.. dan di antaranya.. 4 dara pingitan… tapi sekarang dah tinggal 3.. sebab sorang tu da kawin.. hahaha.. 3 dara pingitan ni, BUKAN STUDENT!! rakan sekerja.. kitorang kadang2 berjalan bersiar2 bersama.. ke KL, ke Cameron Highland, ke PizzaHut Jerantut.. tak kisahla kan.. Tidak SALAH dari segi peraturan..  kami agak rapat.. tak la rapat mana pun.. BFF la kiranya.. sbb kereta aku besar, boleh muat ramai.. dulu lagi ramai.. 5 org.. haha.. tapi dah pindah masing2 tinggal 4 kt mktb ni..

Dan kes tu pun ada org2 HQ yg knl aku.. tau skit2 bau2 bacang kes tu.. jadi aku ckp mmg ada pun.. masa gi kursus dll.. ex cikgu2 aku yg keje kt situ pun tahu.. bila aku sembang2 dgn rakan2 sekerja, ngan senior2 yg penah kje kt Muadzam Shah.. dll.. aku menjadi semakin rasa terancam… maklum lah.. aku di belum tahap “DISAHKAN” jawatan.. macam orang nak kawin gak.. lepas SAH.. baru lah boleh buat ape yg dia boleh buat.. termasuklah yang diharamkan.. kalau dah SAH kawin.. boleh jalan aje!! ahahaha.. disebabkan aku di masih lum di sahkan jawatan.. dengan pandangan2 diorg.. diorg cadangkan elok aku pindah.. sebab nanti, nak di rekemen pergi Induksi pun, atas bos.. nak disahkan jawatan pun atas bos.. klu jadi gini first2, aku dikatakan telah backstab bos.. jadi nanti takut dia lambat2 kan proses aku nk SAH jawatan.. namun begitu.. bagi aku rezeki Allah yang bagi.. rezeki dia jadi bos pun Allah yg tentukan.. so.. takpelah, sabar jelah lagi…

Pada satu hari.. semasa memunggah2 sesuatu di FORTRESS… a.k.a bilik kebal.. kami bercerita.. tentang kes 30 March 2012 tu la.. dan dipendekkan cerita.. kan.. 2 orang cikgu ni adalah salah 2 orang dari 3 orang dara pingitan yang BFF dengan aku tu.. cerita nye cerita,. si dia tanya,” bila ko nak habis bercakap pasal bende ni?”…. aku ckp, “sama ada bila si pesalah tu dijatuhkan hukuman, atau bila dia atau anak ikan tiada di sekolah ni, atau aku yang tiada di sekolah ni”.. kemudian si dia cakap, “dah tu pindah jelah, watpe dok sni”… kemudian di sampuk oleh seorang lagi dara pingitan yang merupakan KETUA PENJAGA FORTRESS.. “aah Joe, pindah la, ko dok sini pun watpe je”.. Aku SENTAP… tapi aku diamkan aje.. bagaikan.. yang bersalah tu, di bela-bela.. n aku ni macam penjahat je… mcm sampah… just feeling that, aah kan.. aku duduk sini pun bukan ada faedah… baik aku blah… jadi esoknya, aku terus isi borang pindah…

Ketua Jabatan aku SENTAP.. kenapa tetiba aku isi borang pindah.. masa tu pun, KJ nak gi kursus, jadi dia kata ni “akak nak komen apa ni”… “Jo jangan la pindah.. ” katanya.. “Nak pindah gi mana ni..” tanya lagi.. lembut je suara dia memujuk same mcm mak aku.. tp masa tu hati dah kering.. aku ckp, “akak sign kat sini”… “komen kat sini akak tulis je ….permohonan disokong”… jadi KJ pn tulis jela.. bila dia tengok destinasi2 aku nak pindah tu.. dia kata “Jauh ni.. betul ke Joe ni..” aku ckp betul lah… dia kata “Nanti la dulu joe.. simpan dulu.. joe pikir la masak2 dlu..” (tapi mase tu akak KJ dah sign).. kami takleh sembang panjang masa tu.. sbb kak KJ nak gi kursus pagi tu.. jadi.. dia pegi je.. aku terus jumpa bos.. bos tengok borang aku, dia kata.. “ok, nanti saya sign” then dia letak tepi.. tengok muke aku pun tak.. “ok bos, thank you” dan aku pun terus keluar dari situ…

Berita aku mengisi borang pindah cepat tersebar.. especially daripada timb bos.. maka bergembiralah mereka aku isi borang pindah tu.. penjenayah besar akan keluar dari bumi lipis.. sape tak gembira kan? dlm hati aku pn, “suke korang ye.. hahahaha” ramai org tanya2 pasal apa nak pindah semua2.. aku ckp simple je.. “dah tak ada sebab untuk aku stay di sini”.. ayat hati kering tapi sentap… hahaha… baru aku perasan.. aku ni penyentap orangnya… lepas tu, aku ada ajak geng 3 dara pingitan ni ke pizzahut.. mmg takde cite lain.. pasal kemungkinan2 aku pindah je.. Jennifer Lopez cakap, “ni kira parti ke ni untuk raikan kau pindah?” aku cakap.. “aah”.. sempat juga aku buat kerja gila makan burger 10 tingkat kat gerai burger bakar abg burn kat taman dagang ampang dengan Jason Mraz n Big Show… mmg seronok…kemudian, Adele ade ckp, “betul ke ko pindah, nanti takleh la kuar2 lagi ramai2 camni”.. aku kata.. ” alah.. boleh je.. naik la kereta Jennifer Lopez yang baru..” hahaha…

Al-kisah.. dekat2 dengan sebelum aku pindah ni.. org HQ ada kol aku.. dia kata tempat aku mintak semua takde kosong.. tapi kat Betong ada kosong sebab cikgu kat sana pindah Parit.. sekolah baru siap.. aku terfikir.. Betong ni kat mana ye.. aku malas nak pikir sebab masa tu tengah serabut.. aku cakap.. “ok.. ikut akak lah”.. Betong ni aku tak terpikir nak senaraikan.. tetapi.. ditawarkan pindah… tapi masa itu aku tak tahu dapat atau tak..

Aku didatangi suatu mimpi… mimpinya macam ni…

masa itu aku pengawas peperiksaan SPM 2012.. jadi di sekolah ada budak2 SPM je..  hari tu hari cuti.. aku ke bilik guru nak ambil barang.. aku ternampak seorang budak sekolah aku, size badan dia kecik je, macam form 1.. comel je.. dok jalan2 kt kelas2 form 5, aku ingt form 5, aku tegur la.. ” Waaahh, awak ni, hebat.. orang lain semua cuti exam, awak datang kelas pakai uniform lagi untuk study..” dia berhenti berjalan.. aku rase pelik.. aku gi jalan ke depan dia, aku tanya ni kenape berenti plak.. skali aku terkejut bila tgk muka budak tu.. huhuhu… mimpiohfobia… tau muka sape.. muka timb bos.. haih.. terkujat aku…  aku mule terpikir2 ape petanda mimpi itu…

Rupanya.. 5 Disember.. aku diberitakan aku dapat pindah Betong Sarawak.. dan Timb Bos tu pindah balik kampung ke Terendak Melaka.. hahahaha… dasat nye mimpi.. tapi.. itulah.. tak sangka plak… jahatnya aku sampai ke dalam mimpi aku bawak… lepas dapat berita ke betong.. aku terus terang.. aku tengok pekeliling tu.. mmg betul nama aku… aku start kereta.. aku tak tahu ke mana hala… aku drive saja… sambil menitiskan air mata.. kenapa? aku tak tahu… semua wajah2 muncul masa tu.. semua kenangan2 muncul masa itu membuat aku bergenang air mata… sambil dengar lagu Jacklyn Victor – Jagalah Diri.. dan driving tengah hujan.. mmg bergenang2 air mata aku… aku selalu buat camni kalau sedey2…

Perpindahan aku di isytiharkan semasa cuti sekolah.. jadi.. macam biasa… aku ungkapkan kata-kata ini.. “Kedatanganku tidak disambut, dan Pemergianku tidak dilambai”.. tiada majlis perpisahan untuk semua orang.. tapi.. sempat juga aku diraikan secara kecil-kecilan.. Jamuan Perpisahan Warden dan Jamuan Perpisahan Jabatan.. Alhamdulillah.. ada juga orang ingat kat aku.. dan.. aku dapat hadiah daripada sahabat2 karib aku.. Ya Allah.. Alhamdulillah… suke sangat2 kenangan2 di sini.. membuatkan kadang-kala… terasa menyesal untuk meninggalkan bumi lipis ni… tetapi apakan daya.. surat arahan sudah keluar.. jadi.. pindah ajelah…

Berat nak tinggalkan… especially.. anak-anak homeroom aku.. yg masih kecik-kecik.. baru nak membesar… teringin nak tengok mereka membesar.. tapi apakan daya…

Aku tengok kalendar.. habis je jadi Pengawas SPM, aku pack barang masuk kotak2, beg2.. sumbat semua dalam Exora aku.. untuk di kargo secepat mungkin.. aku tempah tiket flight.. uruskan kargo dan sebagainya.. nak kargo kereta, kena ada dokumen bank, jadi aku terpaksa ke temerloh untuk uruskan semuanya… haha.. flight 28 hb.. aku kargo kereta 18 hb.. dijangka aku sampai je, kereta dah sampai.. itu perancangan aku..

Tapi.. perancangan Allah lebih hebat.. hari akhir aku di bumi lipis, tatkala nak bertolak balik Johor dengan kereta aku.. aku tengok mileage.. alamak! kena servis dulu ni sebelum di kargo.. huhuhu.. jadi, aku plan nak singgah Raub untuk servis.. lepas tu.. aku bertolak..dah sampai benta.. alamak.. ada tak ek dokumen nak kargo kereta tu… aku berenti.. tengok2 tak ada!!! aku patah balik lipis… punggah rumah.. cari habis.. takde!! adoi.. cari balik dalam kereta… semua takde!! adooi… cemane ni.. mane letak nye dokumen kargo kereta ni.. masalah nye.. geran motor ayah pun skali kat situ… HILANG jugak! adoi.. cuai sungguh… cuai!! aku punggah semua barang dalam kereta… pun tiada.. hmmm….. aku dah frust.. aku ckp.. balik jelah, smpi kampung.. cari lagi…

Lepas servis kereta di Raub… aku balik rumah.. esok nya.. aku punggah semua kotak semua beg.. aku bukak balik semua.. tuang balik barang2 dalam kotak, cek setiap satu kotak yang ada.. semua tiada!! aduuh.. naya macam nie… mak kata ada kat rumah kt mktb.. lalu aku pun dari Muar Johor bertolak semula ke Lipis… pinjam kereta mak.. sampai lipis, habis satu rumah aku cari.. tak ada! aku cari kat aras aku.. kat aras bawah skali kat asrama.. tak ada juga!! penaaaat nyee… jadi esok nye.. aku drive ke temerloh… pergi bank untuk ambil semula dokumen nak kargo kereta.. terpaksa malukan diri sbb cuai dokumen hilang…

Lepas amik dokumen penting.. aku terus balik muar.. penat ya rabi… lepas tu.. isnin depan nye tu.. aku terlupa, aku da janji dengan Jennifer Lopez nak tolong untuk analisa keputusan PMR… so aku pun balik semula ke lipis… untuk bantu ape yg patut.. maklumlah, aku kan guru data dan analisa… dan juga, aku terlupa buat nota serah tugas.. jadi aku setelkan sekali bende2 tu.. lepas siap semua.. aku minta tolong staff untuk uruskan motosikal aku untuk di kargo ke Muar, pulangkan balik motor ke kampung… selepas itu aku ke JPJ untuk uruskan geran hilang..

Selepas semua ini selesai.. dengan penatnyaa… aku selamat terbang ke Kuching pada 28 hb 12 2012 pukul 5.00 petang… Alhamdulillah..

Pengajaran yang ingin saya sampaikan di sini…. usahlah takut dengan perubahan.. beranikan diri mengeksplorasi tempat baru, suasana baru.. masyarakat baru.. buatlah apa yang patut untuk kita selamatkan diri kita, kerjaya kita dan keluarga kita.. positifkan diri dengan apa juga keadaan… dan lagi satu.. pastikan perkara yang paling penting, dipentingkan.. jangan cuai terutamanya berkenaan dokumen… itu sahaja…

Wallahu ‘alam

Batu-bata kehidupan

Posted: December 24, 2012 in Uncategorized

batu+bata+kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Post kali ini adala berkenaan dengan buku ini.. yeah.. buku ini.. what’s so special about this book?

Hadiah ni, disampaikan oleh seorang guru dari jabatan aku, Cikgu Nurul Hafzan… dia datang ke Johor untuk hadir majlis kenduri kawan2 dia.. dan dia datang membawa hadiah perpisahan daripada Jabatan Matematik… Al-Maklumlah, aku akan berpindah dari sekolah ini ke sekolah lain… Jadinye, dia sampaikan satu hadiah, di samping membawa hadiah dari seseorang ni juge… hihihihi…. sukenyee….

Kenapa aku post pada 24 Disember? kerana tarikh lahir insan yg memberi buku ini adalah 24 November… hehehe…

Bagi aku, ianya adalah yang paling special kerana ia memberi sejuta makna kepada aku kerana ia dihadiahkan oleh seseorang… SESEORANG? Iyelaa.. seseorang… dan seseorang itu adalah amat special bagi diri aku, walaupun aku tak special pun bagi diri dia… takpelah… janji dia hadiahkan untuk aku, kira Alhamdulillah la kan… syok sangat bila orang bagi hadiah nie… Amat2 jarang seorang awek cun beri hadiah kat aku… a.k.a, tak pernah merase lah awek cun bagi hadiah… hehe.. sbb tu rase terharu sangat2 n macam tak percaya je bila dapat hadiah nie…

Dalam buku ini, dia ada meninggalkan nota, dan tandangan khas untuk aku… antara perkara-perkara penting yang dicatatkan:-

– dia ucapkan terima kasih untuk segalanya dan halalkan segalanya.

– dia ucapkan selamat berjaya di tempat baru dan moga aku jumpa apa yang aku cari di tempat baru.

– dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi yang terbaik untuk aku, dan mendoakan agar aku dapat jumpa yang terbaik untuk aku di tempat baru.

Aku sangat tersentuh dengan apa yang ditulis, (yg mana aku tak tulis la kat sini kan) tapi itulah isi-isi pentingnya..  Apa yang ingin aku sampaikan dalam post kali ini, adalah hadiah yang diberi, biarlah hanya sekadar sebuah buku…  walaupun tak seberapa, tetapi terlalu besar maknanya buat aku…  bagi aku, hadiah paling bernilai untuk aku dapat, biarlah hadirnya dia di sisi aku sebagai teman hidup.. tapi nak buat cemane kan, dia dah ada yang lain.. takpe.. kebahagiaan dia, kebahagiaan aku jugak… aku juga mendoakan dia bahagia di sisi orang2 yang dia sayang.. semoga kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan Allah sentiasa bersama dia… Dan aku ingin dia tahu, kalau aku nak mencari yang terbaik, sudah tentu tak akan aku dapat yang terbaik kerana tiada yang sempurna melainkan Allah… aku cuma ingin adanya seseorang di sisi, yang boleh menjadi pelengkap kepada kekurangan aku, dan yang dapat saling memperbaiki diri…

Daripada entri kali inilah, aku ingin memberitahu kepada anak didik, mahupun sesiapa yang membaca entri ini.. kita tidak sempurna, jadi usahlah mengharapkan kesempurnaan.. terimalah apa sahaja yang berlaku sebagai rahmat untuk diri kita.. Allah ada perancangan yang baik untuk kita, maka bersangka baiklah kepadaNya…

Wallahu ‘alam… =’)

Etika Perguruan perkara 15

Posted: November 17, 2012 in Uncategorized

Aku terpanggil untuk menceritakan ttg hal ini.. entah kenapa.. sukar untuk aku melupakan.. melepaskan.. memaafkan.. yelah.. aku bukannya org yg sempurna.. so do her.. tapi.. mungkin dengan menceritakan di sini.. perasaan itu mampu dilegakan..

Kisah ni terjadi di sekolah aku.. dimana aku adalah salah seorang warden di sekolah ini.. aku masih ingat tarikh kejadian 30 Mac 2012.. hari jumaat… pada hari kejadian, adalah hari pulang bermalam bagi sekolah aku..

Pada hari itu.. keadaan tenang dan baik-baik sahaja kerana majoriti pelajar balik bermalam dan hanya beberapa orang yang tinggal.. walaupun aku bukan warden bertugas.. tapi aku stay jugak.. x balik kg.. kemudian.. jam 12 malam.. aku digemparkan dengan seorang budak lelaki yg tiada di asrama…

Yg aku kalut nye.. budak ni biliknye duduk betul2 depan rumah warden.. masa tu warden lelaki sorg lagi nk buat perjumpaan pasukan bolasepak.. budak ni kapten.. tiada di bilik.. kami buat rollcall serta merta dan roger warden pompuan kot3 budak ni masuk asrama pompuan… tapi pencarian tidak berhasil.. pergi ke pondok pengawal, cari kad outing.. tiada.. jadi kami warden2 mencari satu sekolah.. pun tidak jumpa.. namun begitu…

Dalam pukul 1250 pg.. kelihatan sebuah myvi putih muncul.. dan aku nmpk kelibat seseorang turun dari kereta.. dan cuba masuk ke asrama dari dewan makan.. aku kenal kereta itu.. plate org perak! dan yg turun dr kereta tu pun aku kenal..

Dia ditangkap oleh sorg warden lg.. dibawa ke rumah ketua warden.. disoalsiasat.. dari mana munculnya.. dia kata pulang ke rumah di bentong dengan menumpang miss S… bila diminta nombor fon ibu ayah.. tak nak bagi pulak… rupanya.. keluar tanpa kebenaran pergi ke kuala lumpur dgn miss S… nasib baik aku sabar.. kalau tak mahu aku penampar budak ni sebab menipu.. aku mmg pantang kalau kena tipu!!

Soalsiasat tidak lama.. handphone dirampas.. dia dilepas awal sebab esok ada game tournament bolasepak peringkat daerah… aku difahamkan.. pasukan beliau kalah.. padan muka! Soal siasat diteruskan petang itu di rumah aku…

Bila disoalsiasat… akhirnya kami tahu dia mempunyai hubungan cinta dengan cikgu itu.. mereka bercouple sejak miss S masuk sekolah n sejak miss S itu menjadi guru penasihat Hroom dia.. dia mengaku bersalah keluar tanpa kebenaran.. tp dia tidak bersalah utk bercinta dgn miss S itu..

Bukan sekadar cinta… malah mereka pernah keluar bersama semasa cuti sekolah… dan pernah terkantoi dilihat oleh seorg cikgu yg terserempak dengan mereka di genting highlands.. berpegangan tangan… awww, soo sweeet… hasil dari hp yg dirampas mmg jelas terbukti sms2 cinta didapati… dia juga pernah menghadiahkan seutas rantai ber engraved “F love S”… woow! bapak sweet nyee… mereka juga penah g Kenduri kawin sorg kawan cikgu bi kt kelate bersama.. tapi itu time cuti la.. lantak korg la kan..

From my personal opinion.. aku pedulik hape ko nk bcinte ke.. ape ke dgn cikgu tu.. Aku ni, kalau nak mengorat student tu, kejap je.. mesti ada yg sangkut punye… Aku akan tunggu jugak budak tu dah setel sekolah ke ape2, baru move on kepada yang lebih serius.. haih.. yg salah.. tetap salah… ko dah buat salah keluar tanpa kebenaran n mengganggu waktu rest aku malam2 buta… dah la tu.. bila ditanya pernah x lebih dri pgg tgn… sib baik ko ckp ko pernah berkissing dgn miss tu.. mmg tipu la klu x pernah.. dah kereta makcik tu siap tinted gelap.. pasang langsir lagi.. boleh cover line beb!

Peeh.. sweet gile kereta ada langsir… kereta aku yg bapak besar tu pun aku x pasang langsir… sbb aku xpenah ada niat nk wat bende2 tak senyonyong dlm kereta aku tu… hahaha… kereta aku tu.. kalau nk baring pun bulleh… mcm2 gaya pun buleh sebab luas n panjang… proton exora la katakan… hahaha

Apabila dilapor kepada pegawai atasan.. aku & warden2 yg tgkp tu diminta buat repot n laporan lengkap kes.. aku d suruh print semua text msg dlm hp budak 2.. mmg jelas bukti ada sms utk kuar ptg tu.. n juga sms2 cinta… mcm2 ada u.. klu u all baca.. msti la geli geliman mdgr nyee… susah nk kuarkn sms… buleh mntk syarikat telko kuarkn.. tpi kne repot polis dlu.. haaaa.. smpi thp tu…

Jadi.. aku pun snap stp sms.. print out.. binding.. jadi mcm folio kajian geografi tempatan haaa… tebal gile.. lebih 100 muka surat tu… peeh.. sume nk urgent.. nk esok.. da la mse tu aku bz dgn nk gi kursus lg.. analisa lg.. warden lain buat repot penuh… bg ke atasan..

Last2.. aik senyap2 je.. xde pun JDRM… what? Aku sentap la.. warden2 buat keje besungguh2… senyap je.. aku mmg pantang.. xde tindakan.. aku bukak la mulut.. sebar ke fb.. habis 1 dunia tahu.. jahat kan aku.. aku mmg jahat… sume cikgu n staff btnye2 btul ke.. aku ckp yela.. tgk bukti2 ni… tekejot diorg..

Cikgu tu makin bkuasa bermaharajalela.. rasa diri tu hebat sgt.. kelas diploma pendidikan secara video conferencing di sekolah, dia banyak kali tidak hadir.. kemudian, dia mengajar drama, berlatih sampai pukul 2 ke 3 pagi padahal esok nya budak2 ni bersekolah.. last2 dalam kelas mengantuk… dah tu, sebab berlatih drama dengan berdrama skali, kelas pagi pukul 730pagi, beberapa kali dia skip, dengan terbukti dia punch kad lewat! aku ada buktinya.. tengok2, aik, orang besar sign punch kad dia.. patut la tak bertukar2 warna dari kuning ke merah! dia d hntr kursus tempat best2 kt langkawi tu.. syok la dia mlencong.. kami2 ni di beri kursus, dekat jawi… bunyi “wi” jugak kt belakang tu tapi tak se best langkawi… aku bising lg..

pastu plak budak laki tu d pilih utk wakil mktb main ragbi.. aku xpuashati la sape pilih tu.. dia buat kes.. tp x dibicara.. then diberi pluang wakil mktb.. bagi la kt org lain… lebih hebat dri budak tu…n xde wat kes.. jwpn org tu amt simple.. da x dibicara.. kira mcm xbuat salah laa.. lepas tu suruh aku jd guru pengiring bwk budak btanding kt lenggong..Mampos aku.. mau dia fly lg? Sape nak jawab? Aku sound dah.. lenggong tu dkt dgn ipoh.. jaga sikit… miss S tuh org ipoh… mampui nk jawab kalau jadi kes lagi… haih… aku biar jela.. buat kje aku iring budak… the point is bukan aku nak jeles ke nak dengki.. tapi… ntah la.. mmg tak adil!

Aku geram dah 2 bulan xde tindakan disiplin.. aku repot ke HQ.. HQ kol boss.. boss kena sound.. pastu aku kene sound dgn boss.. dunia mmg x adil… mentang2 la miss S tu bergetah.. aku ni hanye pokok getah… aku kne sound. .

“You watch out!”… aku pn.. sound la balik.. “eehh.. incik… sy tak buat salah.. saya g kursus warden.. TP kata kalau ada kes.. x dibicarakan.. repot ke HQ.. incik nk mrh sy knape??!” Nada suara agk tggi.. “incik kne igt.. kita sbg leader.. org bwh tgk tndakan kita.. apa betul ape salah org tahu..kitorang bukan bodoh..masing3 ada degree..master.. kerani pn tahu betul salah”

Jwpnnye senang je.. “ni semua titting problem.. miss S tu TAK TAHU ni salah.. kita bntu dia jadi cikgu yg lbih mtg..” aku dlm hati.. miss S tu kalau bsetubuh.. leh ngandung dah.. titting amende nye… dah salah hukum la.. bru dia tahu.. klu cikgu laki wat hal.. mau nye kne tindakan serta merta..

Boss kate “kesian dia.. klu dibicara.. nanti dia akan dibuang kje trus.. dia tu sambilan je.. sape nk byr kereta.. mak sakit dll?” Aku mjawab.. “dah mase dia nk buat dia tak pikir semua tu?” Boss smpi naik merah muka btekak ngan aku.. aku x kire org pun.. aku bedal je.. bertekak dgn aku mmg xde sudah nye.. last skali bos mngambil kptsn utk jelaskan semua kpd semua guru drpd mendiamkan je kes tu..

And then.. 1 pjumpaan guru dibuat.. mnjelaskan apa yg berlaku.. n semua cikgu kne sign perjanjian mngaku telah membaca Etika Perguruan dan brjanji takkan langgar etika.. etika perkara 15 ditekankan.. dilarang menjalin hubungan cinta dengan pelajar…

Dan sekarang.. berbahagialah mereka berdua apabila dapat backup yg paling besar… sampai kan.. kalau nk pergi hitea dkt cameron highland.. nama aku naik.. last2 aku kne iring budak robotik.. nama dia xde pun.. org besar kol je trus dpt pegi.. byk lg lah ketidak-adilan blaku kt aku.. mcm aku yg bersalah… asal bende g bsuka ria.. nama dia naik.. nk iring budak, xde mse hujung mgu utk dri sndiri.. aku kne..

Contoh lg.. hari keluarga mktb.. aku kne iring budak ragbi ke kuantan.. majlis pn kt kuantan.. mmg lah xde mse nk tggl bdk2…mereka bsuka ria..malam akhir.. ada majlis mkn mlm.. aku dtg.. igtkn nk mrase tdo hotel semalam.. tup2 sbb aku g iring budak.. nme aku dpotong dr tido hotel.. pdahal.. ptut nye setiap staf n cgu dpt katil sorg 1.. tp.. sbb sorg lagi tu bujang.. sorg lg da fmly.. jd yg bujg tu duk blik dgn housemate aku.. jd aku xde bilik… hampa.. keciwa… dah la mase aku nak parking tu, ada 1 port parking, tapi ada satu kereta putih ni kepunyaan Makcik S tu, parking space amik sampai lebih2, susah exora aku nak parking.. last2 aku selit jugak.. padan muka nak  masuk kereta kene masuk ikut pintu lagi satu sbb pintu driver terlalu rapat dgn kereta bapak besar aku tu..

Pastu…. mase graduasi.. budak laki tu tcalon utk plajar tbaik koQ… mmgla.. main bola.. ragbi.. bukan aku nk jeles.. tp ape sgtla… rmi lg layak… yg xde buat kes.. sib baik jd calon je.. xdpt anugerah tu… klu x mau aku boikot majlis graduasi tu…

Biarlah… ape nak jadi pon aku x tahu.. kita tgk jelah.. result PMR n SPM 2012 nanti macamana.. adakah keberkatan yg dilaung2 akan dapat di sekolah ni? Bila kebatilan dan kejahatan di sekolah ini dicover2.. tengok.. kes2 lain byk berlaku selepas kes ni dipandang sepi.. macam2.. kes pelajar form 5 berzina di bilik air, sbb buat projek pendidikan seni malam2 buta.. pelajar ringan2 dalam bilik elektrik… ada pelajar perempuan form 4, keluar malam2 dengan abg Dewan Makan, then dijadikan “lauk”, dilanyak mcm bohsia.. ade pulak sorang budak form 3,ikut2 je akak form 4 tu, last2 terjebak jugak sbb nak merase cemane best tak buat bende tu… kes rokok.. kes buli, curi kredit telefon dll… kes rumah warden seorang ustaz disendal dengan paku pada lubang mangga dari luar.. kes rumah warden lelaki sorang tu dibaling paku payung dari bawah pintu… kes motor ust ketua warden di rosakkan… macam2…  then.. bila budak lain buat salah.. dihukum! Budak tu buat salah.. x kne ape2.. amaran je kot… sebab bersabit dengan cikgu bergetah…tak boleh dibicarakan sbb nak jaga cikgu bergetah tu.. yg cikgu kelapa sawit taknak dibela pulak.. haih… pelajar akan rasa tidak adil dan akan memberontak.. mereka tahu apa yg betul dengan apa yang tidak….

nasib korg la.. korg pemimpin.. korg akn dipersoal ttg ape yg korg buat..jgn salahkan aku jadi pape nti… bagi aku.. susah nk lupa mende ni selagi salah satu atau salah dua org ini wujud dalam institusi ilmu yg mulia ini…

Dan sekarang.. budak laki tu pun da hbs SPM.. maka.. kes ni akan terus senyap la.. tapi.. selagi aku ada.. kes ni akan sentiasala di ingati sepanjang zaman..

Pengajaran yang ingin aku ketengahkan di sini adalah, kita sebagai insan tidak terlepas daripada membuat sebarang kesalahan.. memang betul, untuk mendidik, tidak semestinya dengan hukuman… tetapi sekiranya apa yang telah digariskan oleh Standard Operating Procedure (yang diangung2 kan sangat tuh!) tidak diikuti… ia akan mendatangkan keraguan dan perasaan tidak adil kepada perlaksanaan undang-undang… dan sebagai seorang individu, tidak kiralah siapa pun, nilai INTEGRITI itu haruslah kukuh… jangan pilih kasih.. jalankan tugas seperti biasa… Antara pengajaran lain, ingatlah… kita dilahirkan sebagai pemimpin, dan kita akan dipersoalkan tentang kepimpinan kita.. tidak kiralah apa pun posesi dan posisinya…

Itu jelah bingkisan kali ini.. see u all later…

Wallahu ‘alam…

image

Salam Dunia!

Posted: March 30, 2012 in Uncategorized
Jalan Guru... Inilah Jalan Hidup Ku

Jalan Guru… Inilah Jalan Hidup Ku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam sejahtera…

SALAM DUNIA!… ataupun.. kalau anda seorang yang belajar Programming, asas nya adalah menulis program yang boleh memaparkan perkataan “HELLO WORLD!”… hahaha…. Blog ini dibuat hanyalah sebagai satu platform aku sebagai pendidik, menjadi tempat luahan perasan mahupun buah fikiran yang terpendam.. mungkin ia boleh menjadi satu jalan cerita kehidupan aku sebagai seorang insan yang tidak sempurna, yg bekerja sebagai seorang guru…

Sebagaimana bloggers lain, aku tidak memilih untuk menyorokkan identiti aku.. this is me… the real me.. ape korang nak cakap, nak kutuk, terpulanglah… I tak dengar pun, Allah Maha Mendengar, dan malaikat kiri kanan tolong catat ape yg korang buat… so, buatlah ape je korang nak buat yea… I akan tetap berblogging di sini… hehehe…

Blog ini juga boleh dimanfaatkan sebagai satu platform perkongsian ilmu sesama kita… kerana ilmu yang bermanfaat itu adalah salah satu bekalan kita ke syurga nanti kan… =D